Cuti-cuti berturutan Cuti

Cuti-cuti berturutan ialah merujuk kepada sederetan cuti tanpa terdapat sebarang hari bekerja di antara hari-hari cuti tersebut. Cuti sebegini boleh dianggap sebagai peluang yang baik untuk membuat perjalanan singkat. Pada lewat 90-an, Kerajaan Jepun meluluskan rang undang-undang yang meningkatkan kebarangkalian cuti berturutan dengan memindahkan cuti-cuti dari hari yang telah ditetapkan ke bandingan (relatif) kedudukan cuti di dalam sebulan seperti Isnin yang kedua. Cuti-cuti berturutan yang paling terkenal termasuk:

  • Bermula pada tahun 2000, di Republik Rakyat China, Perayaan Musim Bunga, Hari May (Hari Buruh) dan Hari Kebangsaan merupakan cuti selama seminggu.
  • Di Jepun, minggu emas, merupaka cuti seminggu penuh.
  • Di Poland semasa citi pada 1 dan 3 May, apabila mengambil beberapa hari cuti menjadikan cuti 9 hari, ia dikenali sebagai Berkelah (Picnic) (atau Majówka).
  • Di Ireland, Hari St. Patrick kadang-kala belangsung pada Minggu Suci, seminggu sebelum Easter; dalam kes ini tiga cuti perayaan (Hari St. Patrick, Jumaat Bagus, dan Isnin Easter) dicampur tiga hari cuti menghasilkan cuti 10-hari.
  • Di Australia dan England, cuti umum yang jatuh pada hari Ahad akan diganti pada hari minggu berikutnya (biasanya Isnin). Aturan ini menghasilkan hujung minggu yang panjang.
  • Kongres Amerika Syarikat menukar penghormatan bagi Hari Ingatan (Memorial Day), Hari Veteren, dan Hari Presiden dari tarikh tetap kepada Isnin tertentu sejak 1968 (bermula 1971). Beberapa negeri telah meluluskan undang-undang yang serupa lebih awal lagi.